INGIN TAHU BAGAIMANA CARA MEMBORONG BARANG DARI CHINA SECARA ONLINE?
SAYA AKAN TUNJUKKAN ANDA BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBORONG BARANG DARI CHINA, DENGAN HANYA DUDUK DI DEPAN KOMPUTER ANDA, SERTA BAGAIMANA MENJANA UNTUNG BESAR DENGAN BISNES BORONG INI!
Hi!
Saya Nigel Ong! Saya merupakan usahawan online yang mula menjual secara kecil-kecilan sejak beberapa tahun dahulu. Pada ketika itu, saya tidak ada modal yang besar untuk bermula, apatah lagi pengalaman saya yang tentunya masih cetek untuk meraih keuntungan besar dalam bisnes.
Tetapi syukur kerana saya tidak sangka dalam satu tahun sahaja, saya berjaya menjana pendapatan 5 angka dengan menjual barangan fizikal dan hanya secara sambilan sahaja.
Saya mungkin BUKAN seorang yang terkenal, tetapi saya TAHU bagaimana menjalankan bisnes borong dan buat duit senyap-senyap. Bukankah itu lebih "cool" dan itu style pilihan saya dalam menjalankan perniagaan.
Saya Dulu Ditipu Hidup-hidup
Atas kertas, nak memborong barang-barang fizikal dari China kadangkala nampak mudah.Tapi hakikatnya saya pernah ditipu dan telah melakukan pelbagai kesilapan di dalam menjalankan bisnes borong ini .Ia mengakibatkan saya kerugian beberapa ribu ringgit dan terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Antaranya :-
Ditipu oleh pembekal. Sudah order dan bayar tapi...
barang tak sampai-sampai!.
-
Stok sampai, tapi tak boleh pakai langsung!
-
Tersalah pilih stok, yang menyebabkan barang susah
untuk dijual.
-
Paling memalukan... kena "sound" di kaunter PosLaju
sebab tak pandai bungkus barang.. pergh!.
Pengalaman ‘1 Tahun Emas’ Mengajar Saya ‘Ramuan’ Terpenting!
Kisah dan pengalaman saya berniaga online bermula dengan sangat pahit. Namun berkat kesungguhan saya mencuba bisnes borong ini, saya berjaya menjana pendapatan 5 angka selepas melakukan beberapa kali borongan.Saya bukanlah berniat mahu menunjuk-nunjuk, malah, kejayaan saya ini mungkin terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan orang lain.
… tetapi apa yang mahu saya sampaikan ialah, saya telah menemui satu teknik ‘rahsia’ yang amat berkesan dan menguntungkan di dalam membuat bisnes borong secara online!
… jika ia berkesan untuk saya,saya percaya ianya juga pasti berkesan untuk anda.
Sebabnya...
1. Saya hanya bermula dengan modal yang kecil, iaitu dengan bermodalkan wang sebanyak RM500 sahaja!
2. Saya bukanlah orang yang mahir IT, tetapi, saya boleh berjaya memborong barang dari CHINA secara online, malah, turut berjaya menjual barang-barang tersebut secara online juga! Saya akan tunjukkan anda bagaimana saya melakukannya dengan terperinci.
Ini Bukan Rahsia, Tapi...
Pendedahan Info Berkualiti Bernilai Lebih 5
Angka!
Ya! Terus-terang saya katakan, teknik dan rahsia ini
sebenarnya hanya diketahui oleh masyarakat Cina sahaja... Sebabnya,
laman web yang akan digunakan untuk membeli barang borong secara online
ini adalah website berbahasa cina!TAPI... Anda tidak perlu risau!
Walaupun anda tidak tahu bercakap atau membaca tulisan cina, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh berurusan dan menjalankan urusniaga borong anda dengan mudah menggunakan bahasa inggeris.
Tanpa berlengah lagi, saya perkenalkan kepada anda, website yang menjadi lubuk bagi pemborong-pemborong di Malaysia, memborong barang dari China secara online!